Sunday, November 27, 2011

trust

Ketahuilah,
Setiap daripada kita pasti sudah merasai,
Tatkala diri ini telah berkorban masa dan tenaga,
Tatkala diri ini ikhlas untuk menolong sahabat-sahabat semua,
Tatkala diri ini telah cuba untuk membuat yang terbaik untuk semua,
Sebuah KEKECEWAAN,
Atas sebuah celaan,
Atas sebuah cacian,
Atas sebuah hukuman,
Insan-insan yang tidak pernah tahu akan diri ini,
Yang tidak pernah tahu betapa bersungguhnya diri ini,
Yang tidak pernah tahu betapa besarnya pengorbanan diri ini,
Yang tidak pernah tahu penat lelah diri ini,
Dan yang tidak pernah tahu apa yang ada di dalam hati ini,
Hati yang penuh rahsia,
Antara Allah dan hambaNya,
Lalu mengapa  beranggapan yang sebaliknya,
Sebuah persangkaan yang buruk,
Sebuah celaan yang menyakitkan,
Yang kadangkala mampu untuk meruntuhkan sebuah harapan,
Untuk diri ini untuk berbuat yang lebih baik,
Ketahuilah,
Diri ini akan terus berusaha,
Walau seribu celaan yang dilemparkan,
Walau sejuta su’udzon yang didengari,
Walau selautan kritikan yang disirami,
Kerana ku pasti,
Kerana ku percaya,
Allah tidak mensia-siakan usahaku….

Thursday, November 17, 2011

cross road



Bismillah.


Bila buat baik dengan orang , dituduh kejar pangkat / pancing undi.
Bila nasihat sikit , orang cakap control hidup mereka.
Bila bising , kena cop budak nakal.
Bila senyap , cakap sombong.
Bila tak pergi kelas tambahan , dikata bodoh sombong.
Bila rapat dengan orang , dituduh ada hubungan terlarang.


Kenapa status sejak dua menjak asyik nak emo ? Baca dan teruskan membaca.


1 ) Buat baik dengan orang. Memang tak salah buat baik. Tapi jadi menyampah bila orang cakap buat baik sebab ada tujuan tertentu. gila pangkat. salah guna kuasa. nak bertanding jadi AJKT. bosan. takminat langsung nak pegang amanah sebesar tu. korang nak sangatt jadilah. aku tak nak sekianterimakasih.

2) Nasihat orang. yang ni tak perlu kot cite panjang. buat jadi emo. salah diri sendiri. tak reti nasihat cara baik. nasihat dah selembut sutera tak jalan jugak. nak kena jadi macam mane tak tahulah. diri ni bukan sesiapa nak control hidup orang. tapi sekadar teguran. salah jugak ? terpulang. 

3) Bising. komen pompam kat facebook. last-last kena cop budak nakal kuliah. baik, terima. tak kesah.

4) Senyap. salah jugak? memang jadi salah kalau doctor tanya kat kuliah senyap. Soal ulcer yang senang pun tak berani nak jawab. senyap maksudnya bukan emo. senyap nak kurangkan dosa. mulut ni banyak sangat dosa.

5) Tusyen. Hati belum terbuka nak terima kelas tambahan. Mungkin bayaran 8000 USD kepada pihak ASU tu dah lebih dari cukup. Asal jangan ponteng kuliah dan tidur atas kerusi empuk  sudah. tapi jangan pandang rendah orang tak pergi tusyen. tak dapat nak join tapi musyrifkan orang pg dikira ok kan? ini lah maksud 'kalau tak boleh tolong , jangan menyusahkan'.

6) Rapat. rapat dengan lain gender normallah orang pandang slek. rapat dengan kaum sejenis ? tanye diri sendiri.


Jalan dakwah memang penuh liku. Dakwah bukan untuk orang yg pemalas. buat kerja sekadar melepaskan batuk di tangga. dakwah ini berterusan. bukan untuk orang yang cepat emo. cepat mengalah. ade masalah terus masam di kuliah. sangat memerlukan pengorbanan. biarpun dipadam dari alam maya , asal jangan dipadam terus dari kotak memori kepala otak sudah memadai. Ukhwah kita bukan terberhenti setakat di alam maya , bukan ?


n.b
- ego semakin lama semakin menebal. harus dikikis.
- emo tu bukan aku. its the 3rd year (drug) talking.
- esok meeting pertama ajk batch. harap berjalan lancar. 
- 2 benda best dari rakan-rakan sekuliah tahun ni. budak gen 8 cool. budak Nigeria seram.

Wallahua'lam.

Monday, November 7, 2011

phoenix


Bismillah

uhuk uhuk uhuk  (sambil bersihkan habuk-habuk kat blog ni)

Lama dah rasaya tak update blog ni. tengok post terakhir baru kat exam histology 2nd year yang lepas. perghh. bapak lame kan. exam dah tutup tirai dah pun. dah dapat result dah. result yang buat aku tak balik Malaysia. 2nd year penuh ke'tension'an. Banyak naik turun. takpe, at least, tak jatuh menjunam kan? :D

Blog ni dah diberi nafas baru atas kerjasama akak kesayangan dan kekasih awal akhir , Yeen. terima kasih kawan-kawan beliau juga ye. =) Sekarang gua dah bergelar pelajar perubatan tahun 3 Ain Shams University (ASU). Tahun killer. Subjek susah. tapi best giler belajar penyakit. Masa bergerak dengan sangat laju. Tanda nak kiamat tu. Rasa macam baru sampai Mesir. Mengenai cuti musim panas yang lepas , banyak pengalaman yang gua dapat duduk kat Mesir ni. Bukan setakat raya kat sini jelah (dah pernah raya sebelum sini sebelum masuk tahun 1 lagi). Let the pictures tell the story lah.  




Bulan puasa memang suka merayau pergi ke Khan el-Khalili. Jumpa mercun. Excited. 




Pelajar-pelajar 2 Cempaka yang tak balik Malaysia beraya.  =)


First time kerja dengan PERUBATAN. Bukan gua yang sibuk2 cari jawatan , tapi Mojaco yang gatal bagi nama gua kat pengarah AHLAN. Gua bekerja time cuti je. Maaflah jika sering menolak jawatan dari mana2 persatuan bila kuliah dah start ni. nak fokus kat batch lah. (ecehh ayat bajet). Owh lupe mention pilihanraya batch berjalan dengan lancar. Sangat relieveeeeee tak jadi KB. ngahahahaha. Malangnya dapat amanah yang lagi berat dari KB.
 :(





Percutian musim panas ke Hurghada. Seronok beb. AHLAN dah habis, enjoy lah wehh. (gua tak terlibat dengan AHLAN ASU. hehe :)


Pencarian rumah baru berjaya. Bukan tak best duduk ARMA, tapi nak try berdikari. Geng ARMA still tak dapat terima gua dah pindah. terharu weh. Pasal TV dalam gambar ni, jangan risau mak ayah di Malaysia, nanti kitorang pulangkan balik kat tuan rumah. datang sini bukan nak tengok tv, tapi nak tengok movie kat laptop study kan. XP



bilik gua. tema warna anda-tahu-apa.


" Is memang takde baju kaler lain ke? "
Akak gua perli baik punya kan. haih. -_-


tempat memerah kepala otak untuk Pathology, Pharmacology, Parasitology dan Microbiology.




dapur rumah bujang. 


Suasana Aidiladha Mesir kat pasar bawah rumah. Meriah.


Raya pertama. ARMA.



Raya kedua. PERUBATAN. SAADAH.



tudia. masuk gak akhirnya abang Anip hensem dalam blog nih. haha jangan marah eh ^^

Sekian, terima kasih. 





















http://jejakaperantauan.blogspot.com/

Monday, July 25, 2011

pituicytes / pinealocytes

Histology
subjek terakhir. tercomel. berwarna-warni. (macam tulis status gua plak haha)
ini merupakan subjek 'terkecil' tapi ganas kitorang
malam sebelum exam histo berlaku rusuhan kat area Abbasiah. memang x bukak buku lah gua. bukak mukabuku je. hehe

24th of July. Written.
MCQ ok. matching pun ok.
essay bolehlahhh. x susah macam 3 subjek yang mengganas sebelum2 nih.
mcq physio yg kejam. essay biochem yg buat org speechless. anat yg x kurang susah.
tapi ade bantai2 gak weh (x bantai memang x sah lah kan? haha)

25th of July. Oral Exam.
dijadualkan start pukul 8 pagi.
sampai universiti nombor terus dipanggil.

Dr Mohamed Abd Rahman.
doctor lab bawah. doctor yg ajar male reproductive system. dan doctor yg buat buku 1000 MCQs.
orang ke 4 disoal
orang sebelum2 ambil masa yg lamaaa nak habes. cuak beb.

I = Assalamualaikum , how are you doctor ?
D = Fine , thank you. Your name is Iskandar..
I = Iskandar Afiq.
D = You know we have place called Iskandariah here ?
I = Yes, of course (senyum sampai nampak enamel gigi haha)
D = So Iskandar , can you tell me about appendix ?
I = Appendix has usual layers. Mucosa , Muscularis Externa and Serosa. But it has no submucosa , no goblet cells , and no muscularis mucosa. It contains aggregation of lymphoid follicles as well.
D = What do you know about Paneth Cell ?
I = Paneth Cells an be found at the base of crypts , especially small intestine's crypts. Its function is to secrete lysozyme for anti-bacterial action.
D = Very good. Tell me where is calcitonin is secreted.
I = Calcitonin is secreted by parafollicular cells of thyroid gland.
D = Antidiuretic Hormone ? Insulin ? Testosterone ? Aldosterone ? Melatonin ?
I = ADH secreted by supraoptic nucleus of hypothalamus and stored in pars nervosa of pituitary gland , Insulin by beta cells of pancreas , testosterone by Insterstitial cells of Leydig , Aldosterone by Zona Glomerulosa of Suprarenal Gland and Melatonin by Pinealocytes of Pineal Gland. (time jwb pasal melatonin gua tersilap cakap pituicytes. doctor buat muke pelik. nasib sempat tukar jawapan. doctor hanya tersenyum je )
D = Excellent. Tell me layers of cerebellar cortex.
I = Cerebellar cortex has 3 layes , Molecular layer , Purkinje layer , and Granular layer.
D = What do you know about Space of Disse ?
I = It is a space between blood sinusoid and hepatocytes. It contains fat-storing cells or Ito Cells , microvilli , Pit Cells , ....
D = Very good. Go now ! 
I = ^__________^


kejap je oral gua kali ni
kalau tau kejap baik pg exam pakai kain pelikat je hahaha
pulang ke ARMA 8.25 pagi




alhamdulillah tamat semua oral exam 2nd year.
paper terakhir , Psychology , 28hb. MCQ je kan hehe.



bukan Histology , tapi HistoloLOgy =)




aktiviti2 yang boleh dibuat sempena summer break (kalau x balek Malaysia)


- talaqqi Al-Quran
- pegi kelas bahasa Arab. clinical year lg 2 tahun wehh
- pg gym workout dgn abg hensem  Ilham haha 
- swimming ? lama x berenang
- habiskan 7 season House untuk prepare ke 3rd year. lagi best dari TMD =)
- curi dan baca buku Pathology senior2 tingkat 7 hehe


n.b

- jom g shopping !
- pindah Abbasiah ? kene fikir panjang dulu.
- rindu family. (ingat gune gua2 xde perasaan rindu ke ha hehe)

Saturday, July 16, 2011

TMJ

ini kisah 2 ekor tupai yg kelaparan
oke silap
ni cite pasal 3rd paper kitorang

Anatomy

ye jika anda berasa pelik kenapa gua punye status kebalakangan ni sibuk pasal anatomy
anda masih normal
itu kerana gua telah diamanahkan oleh ketua batch untuk mengawal (?) subjek ni
bersama penolong cik Nasibah yg palingbanyakbuatkerja
jadi status2 terbabit utk pemangkin rakan2 kuliah gua
untuk sama2 menempuh subjek dengan kuantiti buku paling banyak ini
dan subjek yang kurang diminati ramai orang (sedih gua)
lalu datanglah hari yang takditunggu-tunggu

14 Julai 2011

written
xperlu komen banyak2 kan ?
anda yang buat anda tau macamane soalan nye

16 Julai 2011

masa untuk oral pulak
(bg gap sehari memang buat gua jadi malas. malam sebelum tu baru bukak buku head and neck)
lalu dengan muke poyo tengah2 kepanasan terik summer mesir
kami melangkah (naik teksi) ke ain shams
10 pagi
tunggu punye tunggu
lajnah gua bernombor 3
bersama2 rakan kuliah Izzaty , Apai , Esan n Capek
Dr George Fayek
Dr yang banyak bg kata2 semangat dalam kuliah
dan selalu tunjuk keindahan seni dalam slide nye
dan juga berkelulusan New York wehh

mari lihat perbualan gua dengan beliau

D = Dr George
I = budak baru belajar

I = how are you , doctor ? (haa aku nak mulekan ckp dulu hehe)
D = fine. and how are you ? 
I = I'm all good. (bg kerneh bla bla bla)
D = tell me what are these structures ? (tunjuk foramina2 kat skull comel tu)
I = optic canal , foramen ovale , foramen spinosum , jugular foramen . 
D = and of course this is ..... (aku suke gaya doctor cakap. style lah)
I = Foraman Magnum !
D = doctor gelak. ( aku gelak # 1) Tell me movements which occur at temporo-mandibular joint (TMJ) .
I = elevation of mandible , depression , ...
D = and what is this ? (sambil buat gaya muka)
I = (aku gelak # 2)protrusion. and also retraction .
D = very nice. which muscle do the retraction ?
I = posterior fiber of temporalis .
D = depression of mandible ?
I = lateral pterygoid .
D = tell me surface anatomy of the spleen .
I = 9th , 10th and 11th ribs.
D = very good. enumerate the nuclei of trigeminal nerve . 
I = motor nucleus , mesencephalic nucleus , spinal nucleus and main sensory nucleus .
D = what do these nuclei supply ?
I = motor nucleus supplies muscles of mastication , mesencephalic nucleus for proprioreception , spinal nucleus for pain and temperature and main sensory nucleus for touch to the face . (kat sini berlaku sedikit kekeliruan mengundang kepada doctor dan aku gelak # 3)
D = good. tell me the parts of basal ganglia .
I = caudate , putamen , and globus .. ( x sempat jawab)
D = globus pallidus . thanx , you may go now. (sambil senyum lebar)

tamat oral exam paling kelakar dan paling santai.Dr George memang baik dan kelakar , kan ?



n. b

- papa dah keluar hospital . alhamdulillah .
- next exam , 24 & 25 Julai , Histology . doakan ! =)

Tuesday, July 5, 2011

favism


biochemistry
2nd paper
killer subject
4 & 5 July 2011

4th of July
exam written
60 MCQs , 45 marks
mcq nye boleh tahan lahhh
walaupun ade yg konpius2. (kalo x konpius, bukan biochem lah kan ? )
essay
seperti yang dikhabarkan
keluar lah gak akhirnya soalan cases
agak susah disitu
tapi bantai saje
pukul 12 da stop membantai
termenung tgok dak2 nigeria dgn skill meniru yg hebat
(nak kuar dewan exam awal nti org ckp bajet pandai lak kann)

5th of July
oral exam
khabar angin (lagi) mengatakan exam start pukul 9 pagi
tp mendapat khabar yg takbaik oleh orang yg pg awal
exam dah start pukul 8
kelam kabut beb
nasib baik doc x ikot nombor
lalu bersiap dengan pantas menahan teksi ke ain shams
sampai department biochemistry , amek kad tertulis , lajnah 4
tnggu punya tunggu luar bilik doctor
lalu kuarlah doctor Farid dan tanye ,
lajnah 4 ? owh aku tu.
aku pun berlalu masuk dalam bilik doctor.(kenape dah mcm novel plak ayat nih)

D = Doctor Farid
I = Dr Is Afiq (ecehh)

I = assalamualaikum . how are you , doctor ? (kali ni kene start dgn positif.xnak jd macam physio lepas)
D = fine. alhamdulilah. how was your exam yesterday ?
I = err.. nus-nus. (ni ayat paling best aku setakat 6 oral exam nih.haha)
D = nus-nus ? it was difficult ?
I = quite difficult. especially the cases.
D = what question came out in your exam yesterday ?
I = cholesterol. (alamak.aku terperangkap.mati aku kalau doctor tanye balek pasal exam semalam)
D = only cholesterol come out in the exam ?
I = ouh , no. we also have questions on vitamin D and favism.
D = favism is really important because it can lead to hemolysis of RBCs. what do you know about hemolysis ?
I = (knape mcam soalan physio 1st year nih) Hemolysis is the rupture of RBCs and release of its content.
D = yes. and what factors can lead to its rupture. maybe because of its membrane. do you know anything that can maintain the membrane's integrity?
I = yes. its glutathione.
D = glutathione ,good . and why this disease will lead to hemolysis of RBC ?
I = favism , which is defiency of glucose 6 phosphate dehydrogenase is important for red blood cell. this enzyme involved in HMP pathway , which produces NADP+P. NADP+P is important for glutathione for its conversion. that is why deficiency of this enzyme will lead to rupture of red blood cell. (time suruh explain by words susah plak semalam.haishh) 
D = yes , good. ok , calcitonin is one of the hormones in our body. what is its function ?
I = its main function is to regulate blood calcium level. it decreases blood calcium in the blood.
D = what is its mechanism of action ?
I = hmm. (bagus soalan ni.tp aku terdiam. cmne jwpan dalam konsep biochem eh. kang aku bg jwpan cam dalam buku physio kang)
D = ok , look . where does this calcium comes from ?
I = bones.
D = yes , so calcitonin decreases calcium level by formation of bone.
I = yessss. (ouh cmtu ke.haha.same macam physio lah.ngokngek tol aku)
D = tell me what increases calcium level in the blood.
I = parathyroid hormone and active vitamin D.
D = yes. ok , methionine is very important amino acid in our body. do you know its function ?
I = yes. methionine , in its active form , S-adenosyl methionine (SAM) is important in transmethylation reaction. for example , the formation of epinephrine from norepinephrine , melatonin from serotonin , choline from serine , and ..
D = ok , that is enough . now tell me what is the difference between type-1 diabetes mellitus (DM) and type-2.
I = type-1 DM is insulin dependent DM (IDDM) . it is mainly due to lack of formation of insulin by b-cells of pancreas. while type 2 is non-insulin dependent DM (NIDDM) . its maybe due to insulin resistance in our body. it mainly occur in obese people. Type 1 occurs in young people while type 2 in old people. 
D = ok. tell me the chronic complications of DM.
I = the patient will suffer from hyperglycemia and ketosis. if we treat them with overdose of insulin, they may be hypoglycemic as well.
D = what happened to the central nervous system? and their eyes ?
I = there will be neurological manifestation (neuropathy) . and cataract will develop in their eyes , due to accumulation of sugar alcohol .
D = ok . thank you. you may go now.

oral exam ni betul2 buat gua rase macam doctor yg tngah explain kat patient
ape2 pun tarik nafas lega
alhamdulilah
subject paling membunuh selesai gak akhirnya

14 & 16 July 
head & neck . abdomen . neuroanatomy . pelvis . special embryology . 
all the best untuk semua ! :)

Monday, June 27, 2011

basal ganglia


25 & 26 Jun 2011
2 hari berturut-turut
exam written n oral untuk subject 1st kitorang
physiology

written
essay tak susah tak senang sangat
mcq banyak sampai nak termuntah (65 soalan kot)

oral
gua tergolong dalam group 1st yg akan disoal-siasat
8 - 10 pagi
tunggu punya tunggu
pukul 9 lebih baru masuk bilik doctor
tahun ni 2 doctor akan tanya kitorang macam2 soalan
1st doctor , Dr Fatma Lebda
serius cuak dgn doctor yg juga merupakan doctor practical exam time gua 1st year dulu
doctor yg terkenal dgn reaksi psiko dan tak suka senyum

lalu keluar lah 3 soalan ni dari mulut doctor

i) reabsorption of Na at Distal Convoluted Tubule
ii) Gastrin hormone
iii) Parturition

2nd doctor , Dr Bataa
doctor yg gua ada perasaan akan dapat die dari awal lagi
serius bertambah cuak lagi2 bile dgr rakan-rakan kuliah cite pengalaman ber'practical' exam dgn beliau
soalan2 doctor :

i) basal ganglia
ii) parathyroid hormone
iii) central and peripheral part of retina

serius soalan last gua x tau nak jawab ape mula2
tapi bile doctor tanye balek , "cones are more in which part of retina ? "
 baru laju mulut jawab 

lega bila " you are very good " keluar dari mulut doctor

alhamdulilah . selesai 1 subject .
tinggal 4 lagi .
4 & 5 Julai , subject killer , Biochemistry. doakan .

Sunday, June 19, 2011

20 tahun



20 tahun yang lepas , tarikh yang sama , 19 Jun 1991 lahirlah seorang bayi lelaki yang nakal . teringat mama pernah cakap kat aku , 

"is ni time kecik2 dulu agak pelik. sebab x menangis langsung. senyap je. sampai kawan2 mama pun pelik"

tapi itu cerita 20 tahun yang lepas . sekarang , setelah 20 tahun aku hidup , banyak benda yang kena renungkan kembali . berapa banyak amalan aku sepanjang 20 tahun hidup ni . rasenya masih boleh dikatakan sangat kurang . mulut asyik keluar benda yang x baik . mata asyik tengok benda x elok . telinga asyik dengar benda x berfaedah . kaki jarang seklai nak jejak tempat yang bermanfaat .


untuk mama dan papa , maaf sebab jadi anak yang paling banyak kerenah . paling nakal . paling x dengar cakap . paling suka menghabiskan duit . paling suka melawan . sampai datang mesir pun nak bantah . amek medic lepas kene marah . tapi baru sedar lepas 2 tahun belajar medic , ini lah jalan yang Allah dah sediakan untuk aku . walaupun time 1st year belajar macam nak xnak sebab x minat medic . betul cakap mama , aku suka pilih jalan yang susah . jalan senang ade depan mata tapi selalu nak ikut jalan susah . tapi sekarang aku dah paham . aku akan jadi doctor yang hebat satu hari nanti !


untuk adik beradik , maaf gak sebab jadi adik / abang yang degil . untuk akak2 tersayang , thanx kerana sabar layan kerenah adik laki sorang nih . untuk Izrinda Raihan , thanx sebab jadi akk yang paling rapat . sampai ade orang ckp kite kembar , macam pakwe/makwe , kan ? haha . selalu teman aku g shopping wpun aku ade taste hanya kat baju2 gelap je. untuk 3 orang adik2 nakal , belajar rajin2 . bangga ade adik macam korang . walaupun aku tau aku bukan world's greatest brother . sorry for that . :( . selalu buli korang , kann hehe .


untuk kawan2 yang pernah kenal aku , thanx sebab wish bezday walaupun aku dah jarang on9 skarang nih . exam fever . untuk rakan2 sekuliah , thanx sebab buat batch jadi ceria . sorry gak sebab jadi rakan sekuliah yang paling emo . paling suka ayat sorang kawan kuliah bile die nampak aku pakai baju selain kaler hitam/putih , 


" wah , 1st time tengok is pakai baju selain kaler hitam . "

untuk ketua batch 2 cempaka and penolong , abang Khairul Anuar n Kak Aeidah , terima kasih bagi kepercayaan bagi pegang jawatan ketua akademik batch . walaupun aku x banyak buat keje . kebanyakan keje penolong , Nasibah yang buat , thanx . rase kak Aeidah mesti bengang kan sebab sy xnak bahagi2 soalan past year tu . (jahat x aku. sampai sanggup lawan cakap penolong ketua batch) sy buat untuk kebaikan semua orang . maaf , kak . :)

untuk geng ARMA  . thanx sebab buat aku rase macam ade family kat mesir nih . paling x boleh lupa bile aku demam time practical exam hari tu . kak Aten sanggup luangkan masa untuk buat bubur untuk aku . sedap plak tu . siap ade serunding lagi . thanx kakten n yang lain yang tolong ! kita semua akan berjaya sama2 kan ?

untuk junior2 . sorry sebab jadi senior yang cam hampeh . x byk tolong korang tahun nih. keje asyik nak kenekan sorang2 . memang x patot dijadikan role model , kan ? study lah rajin2 , jadi senior yang baik untuk junior tahun depan . untuk Adam , thanx jadi junior yang paling rapat. tempat luahkan segala rahsia . tempat berkongsi pelbagai minat . tempat menangis . tempat bergurau . junior yang paling aku respect . (busy sangat study sampai x ingat nak wish eh.hehe ) hadiah yang paling best dari junior mestilah nak tengok kejayaan korang , kan . study smart .

sekali lagi. yang wish kat fb , inbox , phone , call (anda tau diri anda :) ) thanx a lot . sorry atas segala salah silap . semoga umur 20 ni dapat mengubah diri aku jadi lagi baik .

n.b 

dah 20 . boleh kahwen kan ? =D

Thursday, June 9, 2011

jar of hearts


semalam exam practical terakhir kitorang
anatomy
subject faveret gua
exam ni dah berubah format tahun nih
ade 2 bahagian
1 e-lab (10 station , 30 soalan)
1 lg kat dissecting room (15 station , 30 soalan)
kitorang group last yang buat exam ni

mula dengan e-lab
lepas taklimat sikit dari Dr Hassan , exam start
soalan nye tak sesusah yang dijangkakan
sebab sume nye sebijik macam dalam video revision Dr Hany Shawky
tak sia2 aku ulang tayang video tu sampai nak termuntah (ok exaggerate je)
sampai suara Dr Hany pun masuk dalam mimpi hoho
lalu tamat bahagian e-lab

bahagian 2
dissecting room
time kitorang ade 2 set soalan je
mungkin sebab group yg last jadi 2 set lagi dah kemas
taklimat dr Dr Azza Salah
aku jd orang ke-2 masuk 
pilih set yang kanan sebab ade firasat yang kurang enak dgn set belah kiri
station 1 , skull
bg structure yg lalu kat foramen spinosum
1 station lagi (x ingat no brape, belas2 kot)
terletak 1 cadaver full dari kepala smpai kaki
1st time masuk full cadaver dalam exam
lepas dah tulis jawapan untuk structure2 berkaitan
berfikir sejenak sambil tgok cadaver tersebut
dah 2 tahun kitorang tengok benda nih
hampir 2 kali seminggu
pernah wujud perasaan bile kite akan mati  ?
insaf sejenak
sambung balik
station 2nd last
ni station paling gua x minat
terletak sebijik spleen kat situ
dan jarum dicucuk kat visceral surface of the spleen
tp macam letak kat hilum
cume spleen terbabit macam xde hilum. pelik.
lalu gua pun merajinkan diri angkat tangan
"is this the hilum?"
"no,its not"
ok. dah tau.
station terakhir.
anomalies.
aku bantai sebab x ingat ejaan. sorry , Dr Hassan Serry . :(
tamat bahagian 2.

tanya kawan yang amek set sebelah kiri
susahhh..
alhamdulilah gua pilih 'jalan' yang betul. :)
lalu gua pun berjalan keluar meninggalkan dissecting room
sambil menoleh buat kali terakhir ke belakang
cehh macam novel plak dah
lepas ni dah xde tgok cadaver dah kan ? :(




salah satu jar yang masuk exam. lepas ni kite tengok jar2 yg berpenyakit plak eh :)


n.b

- selamat ulang tahun kelahiran untuk kakteh , Izra Nadia yang ke 24. bile nak kawen ? :D
- gua makin sayang dengan batch gua. sangat concern antara satu sama lain. xkan biar sorang pun tertinggal tahun nih. jom naik 3rd year ramai2 ! amin .
- lg 16 hari exam written. study leave yang sangat singkat. jom manfaatkan sepenuhnya.
- orang suke tanye soalan ni , balek malaysia tak tahun nih ? lalu aku jawab , kalau dapat mumtaz tahun nih , aku balik ! :D

Saturday, June 4, 2011

pons , oviduct , kawen !


hari ni exam practical ke-3
practical histology
practical ni bukan mcm 1st year taon lepas
tgok slide pastu tros blah
tp taon ni kitorang diwajibkan lukis time practical gak
2 lukisan
1 CNS 1 H&E

dipendekkan cite
slidenye alhamdulilah
lukisan nye hmphhhhh
dapat2 paper tertulis 'Fallopian Tube'
selak belakang tulis lak 'Inferior Level of Pons'
memang masak lah
fallopian tube a.k.a oviduct a.k.a uterine tube tu tak susah
tapi pons tu mmg satu masalah
kepada doctor histology gua ,
maaflah jika lukisan gua td tak macam dalam buku lukisan
sebab target dapat spinal cord
tu tak amek endah pons2 ni hoho
ape2 pun alhamdulilah , hanya mampu tawakkal
lepas ni dah tak tengok slide2 normal dah
slide penyakit2 saje . welcome to 3rd year !

owh hari ni gak ade majlis kawen kat arma
ustaz Hafiz Abdullah , floormate aku yg kawen
sedap makan nasi minyak tadi hehe
tahniah ustaz Hafiz !

n.b


- minggu ni demam teruk . thanx banyak2 kat geng2 arma merangkap akak2 n abg2 yang sangat concern. Im , Azfar , Khairul , Ayie , Akmal , Capek , Haziq , kak Aten , Kak Dirah , Yusra , Erin , Lala , Behe , Julia , Piqa . korang mmg buat aku taknak pindah kuar dari sini lah !
- lepas ni time exam taknak duduk dekat2 dgn dak nigeria . macam2 kerenah , tak reti senyap.
- practical anatomy rabu depan . ini subject kegemaran gua. siap sedia dengan skull masing2.
- rambut panjang ni memang akan hilang tak lame lagi .
- dah 2 kali g majlis kawen kat arma . agak2 aku bile lagi eh ? =D


pyloro-duodenal junction . slide paling konfius tadi .

© Templates Deisgn by | Nurulchumel Design