Monday, April 1, 2013

Dua Dunia

Bismillah. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Pencipta langit dan bumi dan seisinya.

Sekian lama tidak di"update" blog ini. Sesawang mula mengerumuni. Seakan sudah dilupa sekian lama, kini timbul idea untuk berjinak kembali. Luahan hati dan perasaan yang takkan pernah berhenti. Sederas darah yang mengalir keluar dari hidung tanpa punca dan arah tuju ini, semakin lemah tubuh badan untuk mengorak langkah menjalankan kerja-kerja Islam , namun digagahkan jua untuk menulis, namun sekadar tulisan yang tak pernah berseni.

Buku Opthalmology dicampak ke tepi, pening menguasai segenap ruang otak. Mungkin pening dengan nama-nama penyakit yang wujud dalam buku tebal tersebut. Mungkin stress kerja. Seribu kemungkinan dijadikan benteng alasan kukuh.

Jalan ini ternyata bukan jalan yang mudah. Jalan ini penuh berliku. 3 minggu berlalu seakan 3 tahun lamanya. Sehebat-hebat kerja dilakukan, masih ada mulut yang berbunyi. Manusia, kadang-kala menjadi hakim diri. Tapi kemarahan itu tak patut diluahkan. Ini bukan jalan suka-suka. Ini bukan yang diingin, tapi amanah yang dipinta.

Namun amanah bukan titik utama penulisan kali ini. 

Seakan muncul kembali " Kisah Kita "



Mungkin kehidupan mereka bermula sejurus kuliah tamat,

Kita punya tugas dan amanah yang berat teramat.


Mungkin mereka punya banyak masa untuk menelaah buku,

Kita hanya mampu menerima natijah diam membatu.



Mungkin mereka berkemampuan merancang aktiviti pada masa senggang,


Kita hanya mampu mengangkat panggilan dan meeting memanjang.



Mungkin mereka gembira melihat kejayaan yang dikecapi,

Kita seolah keseorangan dalam ruang yang sepi.


Jatuh dan bangun, susah dan senang, mereka sentiasa punya sahabat yang satu,

Kita hampir putus asa merapatkan hubungan yang terputus lesu.

Ini kisah Kita.


Bersambung ke post akan datang. 

Friday, January 4, 2013

Tapak Kaki


Sekian lama kiranya blog ini ditinggalkan. Mungkin sibuk. Mungkin juga malas. Mungkin minat kian hilang. Mungkin.

Kini dibuka kembali lembaran baru. Sejajar dengan pembukaan tahun Masihi baru. Dua ribu tiga belas. Apa yang terjadi antara post sebelum ini dengan yang baru ini. Banyak. Pengalaman. Kesedihan. Kekecewaan. Itulah resam kehidupan. Kalau semua hanya baik tak merasa erti kehidupan sebenar bak kata kebanyakan orang.

Sunday, May 6, 2012

Bismillah

Pergh. pergh. pergh. Bersarang labah-labah tebuan dan kura-kura betul dah blog ni. Ni la jadi akibat malas update. Sempena cuti mengejut dari Universiti Ain Shams ( ASU ), dan desakan dari pihak keluarga dan bakal mak mertua , maka marilah kita update apa yang terjadi selama ini. :D

Oktober 2011

Glow with Flow 3 Kenanga 2011/2012.

Program " penyuntik semangat " yang diadakan setiap tahun dari senior untuk memberi penjelasan dan persediaan untuk kitorang hadapi tahun 3 dengan penuh jayanya. 


Ahli panel hebat ; Ain Nuha , Farah Nur & Munzir. Dan mereka semua sebaya gua ! 1991 rules ! haha

November 2011




beraya Aidil Adha dengan ahli beit (housemates) awesome, Khuz & Amat


kali pertama buat kek batik lepas dapat resepi dari Alang. sedap tapi takde bentuk. :D


mula merasa kehangatan tahun 3. banyak benda nak dihafal dan difahami. =,=

" You are a medical student. You have to study day by day. Do not study everything together or it will be intermingled "

- Dr Manal Fauzi.

Disember 2011

i ) Internet rumah berjaya dipasang ! yeahh


Pilihanraya PERUBATAN kembali ! Dan kawan baik gua jadi calon. Proud of you. :)


Majlis ramah mesra bersama Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Ditempatkan di meja yang satu-satunya mempunyai pelajar lelaki dan perempuan. Sambil kitorang bincang Parasite apa yang mungkin ada dalam makanan Hotel 4 Season. Lawak. :D

Smart Circle (SC) Gabungan 3 Kenanga. Saksikan video yang ditayangkan ketika program ini.

http://www.youtube.com/watch?v=daSCyAB5SL4&feature=youtu.be

Keputusan pihanraya PERUBATAN keluar. Tahniah dan takziah geng tahun 3 Moja, Farhana, Deenie & Izzah. 


© Templates Deisgn by | Nurulchumel Design