Bismillah
uhuk uhuk uhuk (sambil bersihkan habuk-habuk kat blog ni)
Lama dah rasaya tak update blog ni. tengok post terakhir baru kat exam histology 2nd year yang lepas. perghh. bapak lame kan. exam dah tutup tirai dah pun. dah dapat result dah. result yang buat aku tak balik Malaysia. 2nd year penuh ke'tension'an. Banyak naik turun. takpe, at least, tak jatuh menjunam kan? :D
Blog ni dah diberi nafas baru atas kerjasama akak kesayangan dan kekasih awal akhir , Yeen. terima kasih kawan-kawan beliau juga ye. =) Sekarang gua dah bergelar pelajar perubatan tahun 3 Ain Shams University (ASU). Tahun killer. Subjek susah. tapi best giler belajar penyakit. Masa bergerak dengan sangat laju. Tanda nak kiamat tu. Rasa macam baru sampai Mesir. Mengenai cuti musim panas yang lepas , banyak pengalaman yang gua dapat duduk kat Mesir ni. Bukan setakat raya kat sini jelah (dah pernah raya sebelum sini sebelum masuk tahun 1 lagi). Let the pictures tell the story lah.
Bulan puasa memang suka merayau pergi ke Khan el-Khalili. Jumpa mercun. Excited.
Pelajar-pelajar 2 Cempaka yang tak balik Malaysia beraya. =)
First time kerja dengan PERUBATAN. Bukan gua yang sibuk2 cari jawatan , tapi Mojaco yang gatal bagi nama gua kat pengarah AHLAN. Gua bekerja time cuti je. Maaflah jika sering menolak jawatan dari mana2 persatuan bila kuliah dah start ni. nak fokus kat batch lah. (ecehh ayat bajet). Owh lupe mention pilihanraya batch berjalan dengan lancar. Sangat relieveeeeee tak jadi KB. ngahahahaha. Malangnya dapat amanah yang lagi berat dari KB.
:(
Percutian musim panas ke Hurghada. Seronok beb. AHLAN dah habis, enjoy lah wehh. (gua tak terlibat dengan AHLAN ASU. hehe :)
Pencarian rumah baru berjaya. Bukan tak best duduk ARMA, tapi nak try berdikari. Geng ARMA still tak dapat terima gua dah pindah. terharu weh. Pasal TV dalam gambar ni, jangan risau mak ayah di Malaysia, nanti kitorang pulangkan balik kat tuan rumah. datang sini bukan nak tengok tv, tapi nak tengok movie kat laptop study kan. XP
bilik gua. tema warna anda-tahu-apa.
" Is memang takde baju kaler lain ke? "
Akak gua perli baik punya kan. haih. -_-
tempat memerah kepala otak untuk Pathology, Pharmacology, Parasitology dan Microbiology.
dapur rumah bujang.
Suasana Aidiladha Mesir kat pasar bawah rumah. Meriah.
Raya pertama. ARMA.
Raya kedua. PERUBATAN. SAADAH.
Sekian, terima kasih.
http://jejakaperantauan.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment