Thursday, November 17, 2011

cross road



Bismillah.


Bila buat baik dengan orang , dituduh kejar pangkat / pancing undi.
Bila nasihat sikit , orang cakap control hidup mereka.
Bila bising , kena cop budak nakal.
Bila senyap , cakap sombong.
Bila tak pergi kelas tambahan , dikata bodoh sombong.
Bila rapat dengan orang , dituduh ada hubungan terlarang.


Kenapa status sejak dua menjak asyik nak emo ? Baca dan teruskan membaca.


1 ) Buat baik dengan orang. Memang tak salah buat baik. Tapi jadi menyampah bila orang cakap buat baik sebab ada tujuan tertentu. gila pangkat. salah guna kuasa. nak bertanding jadi AJKT. bosan. takminat langsung nak pegang amanah sebesar tu. korang nak sangatt jadilah. aku tak nak sekianterimakasih.

2) Nasihat orang. yang ni tak perlu kot cite panjang. buat jadi emo. salah diri sendiri. tak reti nasihat cara baik. nasihat dah selembut sutera tak jalan jugak. nak kena jadi macam mane tak tahulah. diri ni bukan sesiapa nak control hidup orang. tapi sekadar teguran. salah jugak ? terpulang. 

3) Bising. komen pompam kat facebook. last-last kena cop budak nakal kuliah. baik, terima. tak kesah.

4) Senyap. salah jugak? memang jadi salah kalau doctor tanya kat kuliah senyap. Soal ulcer yang senang pun tak berani nak jawab. senyap maksudnya bukan emo. senyap nak kurangkan dosa. mulut ni banyak sangat dosa.

5) Tusyen. Hati belum terbuka nak terima kelas tambahan. Mungkin bayaran 8000 USD kepada pihak ASU tu dah lebih dari cukup. Asal jangan ponteng kuliah dan tidur atas kerusi empuk  sudah. tapi jangan pandang rendah orang tak pergi tusyen. tak dapat nak join tapi musyrifkan orang pg dikira ok kan? ini lah maksud 'kalau tak boleh tolong , jangan menyusahkan'.

6) Rapat. rapat dengan lain gender normallah orang pandang slek. rapat dengan kaum sejenis ? tanye diri sendiri.


Jalan dakwah memang penuh liku. Dakwah bukan untuk orang yg pemalas. buat kerja sekadar melepaskan batuk di tangga. dakwah ini berterusan. bukan untuk orang yang cepat emo. cepat mengalah. ade masalah terus masam di kuliah. sangat memerlukan pengorbanan. biarpun dipadam dari alam maya , asal jangan dipadam terus dari kotak memori kepala otak sudah memadai. Ukhwah kita bukan terberhenti setakat di alam maya , bukan ?


n.b
- ego semakin lama semakin menebal. harus dikikis.
- emo tu bukan aku. its the 3rd year (drug) talking.
- esok meeting pertama ajk batch. harap berjalan lancar. 
- 2 benda best dari rakan-rakan sekuliah tahun ni. budak gen 8 cool. budak Nigeria seram.

Wallahua'lam.

1 comment:

sakinah said...

salam is..

minta maaf klu ada perbuatan yg menyinggungkan hati.

mrncari redha Tuhan, moga redha manusia mnyusul

© Templates Deisgn by | Nurulchumel Design