kekecohan dalam dewan exam
Kitorang sampai kat Ain Shams lebih kurang pukul 9.50 pg camtu.Singgah cafe jap pastu baru la pergi dewan kuliah.Kat dalam dewan tu lak dah hampir ramai orang yg dah datang,Tak kira la budak2 Melayu,Nigeria ataupun Libia.Masing2 sibuk baca buku untuk kali terakhir,selak2 soalan,n ade gak yang sibuk explain kat kawan2.Makcik2 'penjaga' yang bakal jaga kitorang pun tengah bersiap2.Setelah kecoh2 pasal kedudukan kitorang,dalam pukul 10.10 camtu baru la kitorang semua duduk kat tempat yg diarahkan makcik2 tadi.Macam biasa,kedudukan kitorang dah x same macam time exam 2 hari lepas.(satu benda nak komen kat sini.Arab ni %$#$%% gak kan.Dah tau kitorang ni ramai,kan senang kalau letak je nombor ID kat tempat duduk tu.x payah tukar2 tempat dah setiap kali exam.wtf).Last2 aku duduk sebelah Bo . Depan aku lak Uzair (KL) n blakang aku Bun (Sabah) .
Paper MCQ mula diedarkan.Dapat2 je memang terkejut gak la.50 soalan??!! banyak kot 50 tu.Ingatkan dalam 30 je.haishh.buat jela.Seronok2 jawab,tetibe dengar suara bising dari blakang.Suara makcik2 yg jaga tadi.Rupe2nye dak2 Libia kat blakang disyaki meniru.aihh pe r dorang ni.time exam pun nak meniru ke.Dah tu bukan dak 1st year lak tu.Aku pun sambung jawab balik.tetibe doctor (doctor ke?) bgtau kitorang ade dalam 15 minit je lagi.hahhh?15 minit??biar betul.aku jawab pun x habis lagi ni.Lalu cepat2 aku bulatkan je jawapan yg patut n check soalan blakang2.Time ni gak diorang bg soalan essay kat kitorang,tapi tak dibenarkan jawab dulu,sebab kertas MCQ akan dikutip dulu.Pastu baru la diorang kutip kertas jawapan kitorang.
Part yang paling best time jawab soalan essay.Best sbb pe?Sebab ade 3 golongan ni.Nigeria.Libia.Arab.tak sampai 15 minit kot aku rase,kompem dengar suara bising makcik2 dari belakang menandakan ade budak2 Libia/Nigeria yang cuba untuk berbincang jawapan.Bukan setakat makcik2 je, dengan Mr Said skali sibuk memekak kat blakang tu marah2 budak Libia yang meniru.Sampai ade sorang budak tu kene halau duduk kat area depan lg sbb asyik bising.Kepada Mr Said,kalau dah tau budak2 Libia ni suke meniru,knape bagi dorang duduk blakang2 tu?kan bagus bagi kitorang budak2 Melayu yang baik lagi sopan ni duduk blakang.;p.Selang beberapa minit lagi,ade lagi suara bising.Kali ni dari area dak2 perempuan Nigeria.Yang kelakarnya,makcik2 ni bising2 kat dorang gune bahasa arab.ingat diorang paham ke?lagi diorang meniru ade la.Tapi dak2 Nigeria ni dari dulu kot memang suke meniru.Start dari exam block lagi.Dalam ramai2 diorang tu,2 orang je yang aku respek sikit, Laila & Humairah .Sebab dorang 2 ni jenis yang baik n campur ngan dak2 melayu.Yang lain2 tu,ishhhhhhh3.
Kembali ke soalan essay aku.soalan kali ni ade 10,Biophysics n Biostatistics.Nampak mcm sikit,tapi setiap satu soalan tu memerlukan explanation yg panjang.
Soalan 1 - ermm.ok.aku tau ni.
Soalan 2 - ok lagi.
Soalan 3 - kene wat jadual nih.
Soalan 4 - yg ni best.
Soalan 5 - erm..jawab soalan 6 dulu.
Soalan 6 - erkk.dah pukul 12?(sampai sini tulisan dah bertukar jadi lagi 'cantik' .
Soalan 7 n seterusnya - aku jawab dgn penuh kelajuan.xtau doctor paham ke tak ape yg aku tulis.sbb aku tgok jam dah pukul 12 lebih.Takot x sempat jawab nti.Sampai dah nak pukul 1,baru sedar yg soalan 5 aku x buat lagi.terus menulis dengan penuh kelajuan (tulisan x yah cite r cmne kan) haha. Masa tamat . Ramai yang macam kecewa dgn paper masing2.Sbb soalan2 die kalau tgok balik tak susah pun sebenarnye,tapi sbb mase yg x cukup (ditambah lagi dengan perangai golongan Nigeria.Libia.Arab. ni,buat sume rase tensen.Kesimpulan lepas 4-4 exam Physiology yang aku dah amek; semua exam selalu tak cukup masa.Physio ni btol2 mnguji ktorang untuk tulis n fikir dengan cepat dan tepat.Camtu la doctor patut buat kan.;)
p/s- esok kitorang exam oral plak.cuak2.Mintak2 dapat doctor yg baik~~ .p
No comments:
Post a Comment